bola sepak dunia ku
Saturday, 23 July 2011
BOLA SEPAK MALAYSIA SEKARANG
bola sepak malaysia pada akhir-akhir ini menampakan peningkatan yang baik .yang utama adalah menjuarai piala aff suzuki dan berjaya melayakan diri ke pusingan kedua sukan olimpik ini satu peningkatan yang baik.saya sebagai rakyat malaysia berharap pasukan kita mampu melayakkan diri ke piala dunia buat pertama kalinya. saya merasa pasukan malaysia tidak ketandusan pemain kerana kita mempunyai ramai pemain yang berbakat dan mampu untuk mengalas cabaran di peringkat antara bangsa.jadi itu tidak mustahil kita mampu menjadi kuasa besar bola sepak di asia mahu pun di dunia.jadi sebagai rakyat malaysia beri sokongan kepada pasukan kita tidak kira kalah atau menang.hidup harimau malaysia ole2...........
Sunday, 17 July 2011
hobi menonton bola
Bola sepak adalah sukan yang saya minati sejak dari bangku sekolah lagi..Setiap minggu saya akan menonton perlawanan bola sepak tidak kira dalam negara atau pun di luar negara.Pasukan yang saya paling minati adalah pasukan dari luar negara iaitu pasukan liverpool. kenapa saya suka pasukan liverpool kerana pasukan liverpool yang mempunyai ramai permain yang berbakat dan juga mempunyai corak permainan yang bagus sekali.pasukan kedua yang saya minat adalah pasukan real madrid.real madrid adalah pasukan bola sepak yang terkuat di benua eropah dan mempunyai ramai penyokong.Selain itu, pasukan real madrid juga mempunyai corak permainan yang mantap dan cekap.
PERLAWANAN BOLA SEPAK
Bola sepak adalah sukan yang paling popular masa kini.kebanyakan yang meminati bola sepak adalah dari kaum adam...bola sepak di katakan mempunyai paling ramai peminat di seluruh dunia.antara liga yang paling popular di dunia adalah liga perdana inggeris yang mempunyai jutaan peminat di seluruh dunia..Di benua eropah kebanyakan pemain adalah dari golongan profesional dan yang paling terbaik di dunia bola sepak malah, tidak mustahil ramai peminat meminati sukan bola sepak sebagai contoh di malaysia peminat-peminat bola sepak mengangap pasukan dari eropah adalah yang terbaik kerana mempunyai corak permainan yang bagus dan juga pantas daripada pasukan malaysia atau pun tempatan.Jadi tidak heranlah suka bola sepak amat di gemari oleh kaum adam di seluruh dunia
Subscribe to:
Comments (Atom)